Sunday, September 6, 2020

PERSEKITARAN SMK CONVENT KLANG

 

Bangunan SMK CONVENT KLANG


Kemasukan SMK CONVENT KLANG


Bangunan SK CONVENT KLANG


Bangunan CONVENT KLANG


Saturday, August 22, 2020

Peraturan Sekolah

 OBJEKTIF AM

  •  Menjadi sebuah sekolah bertaraf moden yang bakal memenuhi
cita-cita dan aspirasi negara sesuai dengan perubahan
teknologi yang dilalui kini.

  •  Mementingkan kecemerlangan keseluruhan (Total Excellence)
sama ada dari segi akademik, moral, agama, disiplin, sikap,
kepimpinan pengurusan dan pencapaian fizikal dan alam
sekitar yang tenteram.

  •  Menjadi sebuah institusi yang boleh membentuk keharmonian
dan kebahagiaan seumpama satu keluarga yang besar yang
dapat membimbing dan saling menasihati antara satu sama
lain serta dapat menanam minat untuk terus berusaha.

  •  Menjadi lambang kebanggaan kepada semua pihak, di
samping dapat mengekalkan identiti serta kualitinya yang
bertaraf tinggi, yang dihormati serta disegani.

  •  Menanam nilai-nilai moral dan sosial yang tinggi serta sikap
positif untuk menghadapi kehidupan yang lebih bermakna.

  •  Menjadi insan penyayang dan mengambil berat terhadap
keperluan insan lain, terutamanya terhadap mereka yang
miskin, cacat dan yang terabai kasih sayang.

  • Menyediakan suasana dan kemudahan pembelajaran yang
secukupnya untuk menjadi manusia berpendidikan,
bermotivasi dan berdisiplin.

  •  Untuk mencapai matlamat yang ideal lagi murni ini, semua
pihak sama ada guru, kakitangan bukan guru, PIBG atau pelajar
akan memberi komitmen bersama dan tindakan sepadu yang
jujur.

SCHOOL SONG/ LAGU SEKOLAH

 SCHOOL SONG

Listen to our Motto, Guiding us as we go,
Simple in our virtue, Steadfast in our work.
Hear the kindly counsel, Take it to your heart,
Simple in virtue, loyal and true;
Love God with all your heart.
Simple in our virtue, Steadfast in our work,
Let us join with people, Sharing all in love.
Life is full of challenge, Be willing to share,
Creating a new world, where we find God anew.

LAGU SEKOLAH

Dengarlah moto ini, Panduan kami
Tulus dengan Fadilah, Azam dengan Bakti
Dengar nasihat ini, Semat di hati
Murni sifat diri, Kasihi Maha Esa
Tulus dengan Fadilah, Azam dengan Bakti
Hidup bermuafakat, Bersatu hati
Hidup penuh cabaran, Hadapi dengan rela
Wujud alam baru, Berkat Maha Esa.

Lencana SMK Convent Klang

LENCANA SMK CONVENT KLANG

Lencana Sekolah Menengah Kebangsaan Convent adalah lencana yang digunakan di peringkat antarabangsa.

    Lencana ini digunakan oleh murid-murid sekolah Convent di kelima-lima benua di dunia namun terdapat sedikit kelainan terutamanya pada lambang-lambang yang tertera pada lencana.

    Bintang yang terdapat pada bahagian atas lencana malambangkan agama Islam sebagai agama raasmi Malaysia. Kalungan bunga di kiri dan kanan lencana ialah lambang kesucian dan kejujuran setiap orang terhadap Tuhan, diri sendiri, dan orang lain.

    Di tengah-tengah lencana terdapat warna merah dengan satu jalur berkelim emas. Merah membawa erti kasih-  perasaan kasih Tuhan terhadap makhluk-Nya. Di sebelah kanan terdapat kitab suci dengan manik-manik Perak. Kitab ini mewakili Al-Quran bagi penganut Islam, Injil bagi pengagut Kristian, Bhagavadghita bagi penganut agama Hindu dan Dharmapada bagi penganut agama Buddha.

    Kitab ini menunjukkan masyarakat yang percaya pada kewujudan Tuhan dan berpegang kepada ajaran agama. Manik-manik pada kitab ini juga meningkatkan kita terhadap kewajipan kepada Tuhan.

   Di sebelah kiri pula terdapat gelendong yang melambangkan kerja. Ini bermaksud setiap orang mempunyai peranan yang mesti dilakukan dengan tulang, urat dan inteleknya untuk membina dunia yang maju dan harmoni.

    Cogan kata 'Tulus Dengan Fadilah, Azam Dengan Bakti' juga tertera pada lencana. Ini dikaitkan dengan nilai-nilai murni seperti kejujuran, kesederhanaan, keikhlasan dan kesungguhan dalam amalan seharian dan dalam budaya kerja.

Ikrar Sekolah

 Bahawasanya kami murid-murid SMK Convent Klang dengan ini berikrar akan

  • Belajar dengan bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam setiap peperiksaan,
  • Mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah dan menghindarkan diri daripada terlibat dengan masalah salah laku yang menjejaskan prestasi akademik dan nama baik sekolah, ibu bapa, guru-guru, agama dan negara,
  • Melibatkan diri secara aktif dalam kokurikulum dan aktiviti-aktiviti lain yang dianjurkan oleh pihak sekolah,
  • Sentiasa mengamalkan budaya cemerlang dalam apa-apa jua tindakan,
  • Menunaikan tanggungjawab dan amanah kepada ibu bapa, guru-guru, agama dan Negara,
  • Sentiasa berdaya saing dalam apa-apa jua aktiviti dan pertandingan.
  • Bersama-sama berusaha kea rah merealisasikan visi SMK Convent Klang menjadi sebuah sekolah yang berkualiti bagi mencapai Sekolah Kluster Kecemerlangan.

Friday, August 21, 2020

Huraian Visi Sekolah

 KURIKULUM

1. Kemenjadian murid dalam akademik dengan Mencapai Tahap Minimum (MTM) 70% dengan GPS 3.90 dalam Penilaian Kendalian Sekolah di peringkat Menengah Rendah dan 70% layak mendapat Sijil dengan GPS 4.0 di peringkat Menengah Atas.

2. Mencapat Tahap Minimum (MTM) 65% dengan GPS 2.5 dalam PT3 dan 97% layak mendapat Sijil dengan GPS 3.75 dalam peperiksaan SPM. 

3. Menduduki antara 5 tempat terbaik ketegori Sekolah Menengah Harian dalam SPM di peringkat daerah.

4. Menyediakan murid-murid yang mempunyai peluang yang luas untuk meneruskan pengajian dalam bidang-bidang bersesuaian dengan pasaran kerja abad ke-21.


HAL EHWAL MURID

1. Semua murid mengamalkan sahsiah terpuji dengan memperlihatkan kekemasan dan keyakinan diri, kesopanan, ketepatan masa dan kecintaan terhadap sekolah.

2. Hampir keseluruhan murid mempunyai disiplin yang tinggi dengan mematuhi peraturan-peraturan sekolah dan mengamalkannya dalam kehidupan.

Purata peratus kehadiran murid ke sekolah melebihi 89% peratus.

3. 30% murid mempunyai daya kepimpinan yang tinggi.

4. 80% murid mempunyai motivasi yang tinggi.

5. Penurunan salah laku disiplin sebanyak 0.01%.


KOKURIKULUM

1. Memastikan 89% murid terlibat aktif dalam aktiviti kokurikulum dan memperoleh sekurang-kurangnya gred C dalam Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). 

2. Menyertai dan mencapai sekurang-kurangnya 1 pertandingan di peringkat antarabangsa, 6 pertandingan di peringkat kebangsaan, 12 di peringkat negeri dan 30 di peringkat daerah bagi unit Badan Beruniform, Kelab dan Persatuan, serta Permainan dan Sukan.

3. Melibatkan diri dalam pertandingan inovasi peringkat daerah.

4. Memperkembang bakat serta potensi murid dalam meningkatkan kemahiran memimpin, kreatif dan inovatif.

Thursday, August 20, 2020

VISI KPM, MISI KPM, MOTO SEKOLAH, SLOGAN SEKOLAH & DASAR KUALITI SMKCK

 VISI KPM/ SEKOLAH

Pendidikan Berkualiti, Insan terdidik, Negara Sejahtera


MISI KPM/ SEKOLAH

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti

 Untuk Membangunkan Potensi Individu 

Bagi Memenuhi Aspirasi Negara


MOTO SEKOLAH

Tulus Dengan Fadilah

Azam Dengan Bakti


SLOGAN SEKOLAH 

KAMI CEMERLANG,

CONVENT TERBILANG

WE ARE EXCELLENT,

CONVENT IS EMINENT


DASAR KUALITI

SMK Convent Klang

berusaha dengan bersungguh-sungguh dan berterusan memperningkat kecekapan dan keberkesanan pengurusan organisasi secara profesional, telus da adil bagi memenuhi kehendak dan kepuasan hati pelanggan

PERSEKITARAN SMK CONVENT KLANG

  Bangunan SMK CONVENT KLANG Kemasukan SMK CONVENT KLANG Bangunan SK CONVENT KLANG Bangunan CONVENT KLANG